Thursday, April 26, 2012

betul "kita hanya Merancang tapi ALLAH yg menentukan"

"kita hanya Merancang tapi ALLAH yg menentukan"


apa yang kite leh perkatakan dengan ungkapan di atas,, apa yang kita dapat sedar dari keadaan di atas.

kalau kita adalah seseorang yang tahu bahawa kita hanya hamba yang hina,, pasti kita dapat melalui peredaran waktu yang meliputi dalam hidup kita..sebagaimana kehidupan itu sangat mencemburui apa yang kita aturkan


CB tertarik dengan madah "kita hanya Merancang tapi ALLAH yg menentukan"... dan CB rasa ia bukan hanya satu istilah biasa tapi ibarat keramat.

seluas mana kita menjelajah duni dan menikmati impian dan mmpi di siang hari.. tapi sebenarnya kita masih dalam aturan ALLAH.. :)

Allah itu bukan tidak memberi peluang kita melalui apa yang kita kehendaki tetapi sesuatu itu hendaklah di rasai dengan usaha n daya kita... betul tak...

apa yang kita rancang kadangkala.... ada yang di makbulkan dan adakalanya Allah berikan sedikit untuk kita rasai hikmah disebaliknya...

cuma Manusia yang dilahirkan sebagai hamba Allah ini,, tidak puas dengan kehendak yang diaturkan dan menyesali apa yang ditaati.... bagi CB ujian itu adelah anugerah...anugerah yang ditetapkan pada hamba2 yang Allah sayang dan setiap ujian yang Allah berikan itu bukan sekadar meletakkan tanpa sebab...segalanya ada hikmah yang akan menunjukkan sesuatu itu kita lalui dengan keberkatan...

dan Allah itu mengajar kita tentang mensyukuri sesuatu...sesuatu yang Allah aturkan itu lebih mengajar kita erti sebuah sabar dan nikmat syukur. itu lah PENCIPTA kita yang lebih sempurna dari kita. lebih mengetahui segalanya dari kita.


bagi CB 


partikal dh sebulan ^^

assalamualaikum semua....
hehhee lama kn CB x updte blog.. bukan ape.. salah satu sebab.. CB dah xpakai botben. ni pinjam dengan kawan-kawan kikiki jahat x.. xkot kan 

wahh CB nak gtaw ni.. CB dah prtikal 1 bulan dah ni... boleh tahan la pengalaman 1st time kerja di Firm Guaman ni.. mencabar dan banyak sanagt perkara baru yang diperoleh..

selain Cb tahu mengendalikan claint & menyiapakan dokumen :)... seronok keje gini,, if impian menjadi seorang peguam tu tercapai, memag amat bersyukur, tapi ape2 pown perlu diselitkan dengan usaha dan keikhlasan yang tulus.. sebab kerjaya ni  beban tanggungjawab yang amat tinggi... 

pengalaman CB dalam sebulan ni menggambarkan, hidup manusia yang tersenyum itu tak semestinya hidupnya juga penuh dengan kebahgiaan , tapi senyuman yang lahir dari senyuman seseorang itu hanya sebagai memberi sedikit ketenangan buat diri mereka sendiri... walau sejenak

sehari--di sekeliling kita penuh dengan cerita luar dalam kain masing-masing.... masing-masing yang bergelar suami isteri, ibu & anak, Bapa & anak, abang dan adik.... semuanya akan berakhir dengan dendam kesumat

apabila hati dan diri tidak bermotivasikan iman..semunya menjadi keruh dan menjerumuskan diri ke kancah memutuskan silaturrahim... sedih CB bila kali pertama mendengar lafaz cerai seorang suami pada isteri.. tapi apabila mengkaji balik situasi di depan kita.. kadang2 manusia ini tidak faham apa itu cerai dan apa etu perkahwinan.. 

bagi CB ia satu nikmat yang Allah beri pada kita bagi menikmati Kurniaan Allah yang tak terhingga. sebuah perkahwinan itu amat indah apabila masing-masing berpegang pada tanggungjawab diri sendiri dan tanggjawab pada Allah... tetapi apabila "SYAITAN" yang merajai diri... tersungkur kita di pintu NERAKA...

secara ringkas, CB nak citer satu kes.. kes ini atas pengesahan lafaz cerai yang di buat melalui "SMS"
bagai mana seorang isteri amat menyanyagi seorang suami, walaupun suami itu adalah seorang buaya darat. puncanya apabila si suami mengugut isteri jika menyebarkan maklumat kepada ex-girl suaminya mengenai kekasih suaminya sekarag... "jatuh talaq satu".... adakah kuasa "TALAK" itu boleh dimain2kan dan digunakan bagi kepentingan diri dan hawa nafsu... 
Suami yang beristeri masih mempunyai teman wanita lain di luar dan dalam pengetahuan si isteri... BERBALOIKAH?
dan si isteri menyimpan no Ex-GIRL suami, dan boleh berkogsi maklumat, LUAR BIAsa

bagi CB.. Lelaki perlulah perihatin dengan diri sendiri, dan ingat Allah.. jika sememangnya tidak mahu bertanggungjawab atas apa2 kihidupan akan datang, jauhla dari memulakan sesuatu langkah untuk menghancurkan kehidupan wanita yang tak berdosa...

itu kisah lelaki............................. KIsah pompuan pown ade eh

perempuan pun kekdang memilih kehidupan hanya untuk nafsu jugak, tapi masih curang di belakang suami, apa yang kita lalui bukan hanya menuding satu jari pada orang dan 4 jari menghadap kita... tapi lalui lah dengan iman yang sepatutnya menjadi perisai untuk kehidupan akan datang.... 

justeru, CB mengingatkan diri CB sendiri dan kalian yang lain, supaya bertanggugjawablah pada sesuatu yang anda perlu dipertanggugjawabkan... jauhi pengabaian kerana kita sesama ISLAM di ajar dengan perkara2 yang baik bukan terdorong dengan bisikan "SYAITAN"..... "SYAITAN" hanya berbisik... tindakan hanya kita sendiri yang lakukan... ALLAH itu amat sayangkan kita ,, jdi sayangilah DIA .. yang memberi segala nikmat untuk kita.

CD @ ES (EIZZAH SHAFINI)