Thursday, April 22, 2010

imadudin buah ht ku


kisahnye pada suatu petang di bilik aku: 




imaduduin : acu anak ame2...imad anak ajah...

acu kate : mama anak ape?




imaduduin :  mama anak ikan umbe2..kak iekah anak umbe2




acu kate: ooo mama n kak iekah anak ikan umbe2 la...




imaduduin : imad nak adi ank ikan umbe2 gak..nak angis la..nak agis la..huhu..huhu




acu kate : ok imad adi anak ikn umbe2 dgn mama & kak iekah..angah anak ape??





imaduduin :  angah xde...eh2..angah anak ajah emok hehehehehe


si kecil nie la hiburan aku & mama...dan dialah kesayangan arwah abah ..sejak dia mula pandai berbicara..bertutur kata2..memg geli perut aku dan mama melayan dia...tapi..subhanallah..dia amat nakal...tapi aku masih ingat pesanan abah..

"jangan sesekali anggap imad abah asing dari keluarga kita"
ini lah kata-kata akhir abah

imadudduin nie perangai dia luar biasa..sangat menghibur hati..walau kekadang tak tahan nak marah dia...jangan la sesekali niat nak  melarang dia buat sesuatu yang tak boleh buat...dia akan tekad buat jugak walau di larang. hahha
penat sungguh dengan dia...kalau gaduh dengan dia best sangat2....

gaya nakai dia depan kamere..hehhehe


ayat fav dia:
"uli acu.....uli tuk...uli..uli..uli"
(uli-buli)

"kekut..acu nie kekut"
(kekut-kedekut)

mak jugak selalu tanya dia..

"imad..nanti tuk tak de..imad nak duk dengan syape??"

jawpannya membuat kami terdiam sebentar
bila imad menjawap

"imad nak pegi kat wan..uduk ngan wan di syuge...!! la..."

mak terdiam..mak nangis..emmm apa lah kita boleh buat..anak nie sedang membesar..kasih sayang dia banyak dengan arwah abah..sehingga abah tak de kudrat nak layan die....tapi die lah penyeri abah
pernah masa aku baru sem pertama di KUIS...abah call aku , mengadu abang aku dah dua hari tak bawak imad ke rumah ..walau sekejap..dan tak bagi tahu kenapa tak hantar mengasuh
abah call dan bagi tahu

"nape abang tak call abah..tak bagi tahu kenapa tak hantar imad ke umah..abah tak boleh la..abah tak boleh jauh dari imad..walau abah tak larat..abah nak dia...."

pastu abah diam...abah mengis di telefon....emmmm itulah kenangan abah dan kesedihan abah yang aku dengar buat kali terakhir..

jadi sekarang imad  menjadi peneman mama pulak...insyaAllah selagi aku& mama daya menjaga dia..dia akan bahagia dengan kami...insyaAllah..doakanlah kesabaran aku..die kebahagian mama..dan dia satu2nya kebahagian serta permata arwah abah...

abah..insyaAllah adik akan ingat pesanan abah untuk jaga imad...
alfatihah buat abah

dialah permata hati K.A.M.I



Thursday, April 15, 2010

pelangi petang hidup ku II



sambungan........

akhirnya aku merasai sesuatu yang tak berapa senang  di Penang, i means di rumah aku sendiri. Bila mana kau berbual dengan mak,
 mak akan tanye " minggu nie ada kelas tak"
pastinya aku kata " ada mak tapi sabtu je , tu pon koko".
 Tapi sebenarnya abah sudah menyuruh aku pulang 3 minggu sebelum die kembali masuk ke hospital..Pada suatu petang selepas 3 minggu dari berbual dengan mak, aku menerima sms daripada abg aku, 
" minggu ni balik eik"
terus kakak aku call , adik minggu ni balik na. aku pun berfikir tapi tidak mendapat jawapan nya, KENAPA???
abang aku terus menghantar gambar abah ku yang baru di masukkan kan ke hospital. Abang dan kakak ipar ku menghantarnya semula ke hospital sungai petani. aku merasakan kai abah semakin teruk. Petang tu aku sentiasa ber"sms" dengan kakak aku dan akhirnya malam sabtu aku terus mengikut akak ku pulang ke penang. hanya berhimpun adik beradik ku. huh otak aku bermain macam-macam.
ahad pagi , aku sampai di sengai petanai, dan abang nizam ku terus mengambil kami dan memberi surat izin melawat abah bergilir2. Aku naik dahulu, dan aku menangis setelah melihat abah penuh bersimpang siur ..wayar di badannya..abah tidak koma tapi , aku tak taw kenapa sebegitu banyak wayar2 dan tiub2 di pasang pada abah..kali ini abah menyatakan sakitnya pada ku dan ingin berjumpa dengan kakak..aku salam abah dan aku terus berlari kepada kakak. aku memberi peluang pada kakak untuk berjumpa dengan abah.
esok ahad di janjikan pagi abah akan di bedah kakinya, tapi tengah hari barulah abah di bawa ke wad pemedahan.

sebelum pemedahan

aku menyusuri abah ke bilik pemedahan bersama kakak ku dan abang nizam ku. sampai di dalam wad pemedahan , aku menjenguk di ruang kaca pintu itu, abah memandang aku di celah itu dan abah tersenyum , lalau abah memejamkan matanya ,, aku nampak tangisannya.tapi aku mengharap abah selamat dalam pemedahan ini. 3 petang abah di bedah...
aku berulang alik menunggu di depan bilik bedah dan melihat mama di atas. kakak tetap menunggu abah di bilik bedah. Abang2 aku pergi solat dan sama menjenguk mama di atas. Semasa kau di atas, tepat jam 615, abag berlari kepada aku dan memeluk aku, 
"abah de masalah sikit, jantung abah terhenti, kita doakan abah taw"
aku terus menagis...Ya Allah selamatkan abah Ya Allah....Jauhi lah dari aku kehilangannya..tidak putus putus aku berdoa..aku tegar berlari ke wad pemedahan..kakak ku sudah terkulai di lantai..abang nizam ku terus berbicara dengan doktor dan dia menangis.aku masih terawang-awang untuk memahami semua nie...650 aku di panggil bersama2 doktor di ruangan bilik bedah...Dan doktor berkata
"alhmdulillah pemedahan kaki abah anda selmat tapi kami minta maaf, jantungnya tidak kuat dan tidak kembali stabil, masih stop, maaf  kami tak dapat selmatkan dia"
astgfirullahhalazim...Ya Allah berat nya apa yang aku terima ini ...aku tak percaya apa yang berlaku..apa yang doktor beritahu aku...semuanya dusta..tapi hakikatnya itu lah yang terjadi..abah sudah di jemput Ilahi..abah lebih di sayangi Allah. aku menahan tangisan itu di hadapan mak, bukan aku yang sampaikan tapi abang sulung aku yang sampaikan pada mak yang abah dah tak ada..T_T........21 jun abah pergi meninggalkan aku takkan kembali. Keesokan nya abah dikebumikan di Masjed JamiulBadawi Kepala Batas.

sakitnya terlalu pedih untuk aku lalui...untuk aku perkatakan...baru 21 tahun semasa itu aku hidup dengan bah tapi masih tidak puas kerana aku masih banyak dosa dengan nya..apatah lagi mak yang sudah berpuluh-puluh tahun bersama abah...segalanya menyakitkan tapi ini lah ketentuan. kerinduan itu masih di hati ku...ABAH masih di sisi aku...Dia pergi meninggalkan aku,mak,abanag2 aku serta kakak bukan dengan kesusahan tapi dengan kesengan dan ketenangan...ketenangan itu hadir dari kemaafan seorang abah terhadap anak-anaknya yang tidak mengenal pengorbanan sebenar seoranng ayah terhadap diri mereka..

sampai akhir hayat ...dia tetap chentaku......" abah adik rindu abah".....Al-Fatihah **semoga roh abah di cucuri Rahmat ILAHI**

"engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghibirkan hati ini
seharian waktu bersama mu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua"

pelangi petang : sudirman Hj arshad

eizzah shafini



pelangi petang hidup ku

rindunya hati ini...rindunya jasad ini..memeluk buah hati yang amat dirindui..yang amat disayangi...
ketawanya...senyumannya yang jarang untuk di lihat serta wajah cerianya memberi kasih sayang kepada aku..sebagai..seorang permata yang terlalu berhargai untuk kehidupannya... kemana saja aku pergi..kerisawannye..melampau2..sehingga dia tidak dapat melelapkan mata selagi ..si buah hati nakal nya ..tidak mengadap berdiri di hadapan dua matanya....tapi bila aku di hadapan ..jasadnya...dia la paling bahagia...

...perjalanan dia sebagai seorang yatim piatu  amat berliku..tapi dia seorang yang mempunyai daya ketahan hidup dan berdikari yang tinggi..dari kaca mata umum, dia hebat dan seorang yang pintar, Kelebihannya boleh membawa dia ke satu tahap yang terlalu hebat dan di sanjung tinggi tetapi atas sifat hidupnya yang merendah diri, dia lepaskan segalanya demi meneruskan kehidupannya ke arah kebahagiaan dan dapat memberi kasih sayang pada yang tersayang.

dari aku sebesar tapak tangannya..aku lah yang di sanjungnya...tatkala pulang dari kerja..belum sempat dia menukar pakaian kerjanya..aku lah yang di sambut..aku lah kebahagiaannya..aku lah si janting hatinya..
kegigihanya membawa kebahagiaan untuk kehidupan aku , tak dapat aku balas walau sebesar kuman. yang dapat aku kenanag...dia lah nyawa aku...mama pernah berkata " dia takkan buatkan kehidupan anak-anaknya seperti hidupnya yang dulu"...dan bagi aku, kata-kata itu terbukti. Dia tidak pernah meletak anak-anaknya untuk merasai dirinya yang pernah dalam kesushan yang tanpa siapa menolong walau menasihati..

dialah di hatiku

abah seorang yang cukup perahsia..tapi kasih sayang dia sangat berharga..ak bertuah menjadi anak nya..cuma aku tak bersyukur atas ..kurniaan dia pada aku..aku sangat nakal dan terlalu manja dengannya..apa yang ku pinta semuanya dia usahakan untuk memberi aku..memberi aku satu kepausan tanpa batasan..abah tak pernah kecewakan aku..walau apa pon aku tetap tegar untuk memilik sesuatu..walau aku tahu ..susah payahnya..tak mampu untuk menunaikan hasrat aku..tapi aku tak pernah bertanya susah payahnya..walau hanya aku saja taw kisah hidupnya..mata ku kabur dengan hidup ku sehingga abah melaksanakan permintaan ku tanpa batasan..

setaip perjalanan hidupnya aku ada di sisi..semasa dia terpaksa out station aku tetap di sisinya..kami tetap bersama..bersarapan bagi di warung perlis yang tak pernah aku lupa..aku selalu menemani abah ke mahkamah di Perlis ,,seorang pegawai..dia tetap seorang yang bertanggungjwap..kawan kwan abah..polis..Inspektor..semua mengenali aku..aku lah permatanya yang enggan di tinggalkan..semua kisah hidup dan kerjayanya di hadapan mata ku..

aku pun membesar dengan yang terbaik di sisi nya..tak pernah merasa janggal dengan kehidupan yang abah bina untuk aku

sehingga lah aku besar dan menjadi seorang anak gadisnya.hehehe cepat sungguh jalan kehidupan aku. Entah apa yang aku rasa sebenarnya..sehingga ku rasa ..seakan hampir pada penyudahnya. Selalu bila dia pulang dari kerja, aku menyambutnya. Apa yang aku tanyakan pada abah.." abah beli ape?" hehehe..dia akan tahu anak dia lapar saja..kadang-kadang pisang goreng..kadang2 tepung talam..memg petang kami makan saja.

hehehe seronok kalau di kenangkan .aku dan abah nie..di mana waktu aku merajuk abah takkan mengajar aku untuk merasai aku ini akan di pujuk..hehehe kelakar pulak. Sepanjang aku di sisi nya , aku selalu menemaninya untuk membuat rawatan mata, abah menghidap kencing manis dan darah tinggi. penyakit ini menjejaskan penglihatannya. Seumur hidupnya dia telah menjalankan 3 kali pemedahan mata. tapi kisah abah pada matanya sungguh menyayat hati aku. Dia lah hero aku yang tak pernah mengadu tentang sakitnya. selepas kali kedua pemedahan mata dilaksanakan, alhmdulillah berjaya tetapi setelah beberapa tahun mata abah still di kaburi. Tapi abah merahsiakan hal ini dari kami sekeluarga..bayangkan abah ke tempat kerja dengan keadaan die memndu dan hanya nmpak kepul-kepul asap hitam n putih..tetapi abah selamat, Allah selalu menjaganya. Abah tetap berkerja demi untuk memenuhi wang untuk dia melakukan pemedahan yang ketiga. Dia memg perahsia.Kesusahan itu hanya dia yang merasa.

sehingga la aku di ambang SPM..aku sedang meracau bercinta tanpa aku hiraukan SPM di masa depan aku.itulah satunya yang telah menghampakan abah dan aku telah membuatkan nya mengis atas sikap aku yang hipokrit dan selfish..jahatnya aku sebagai seorang anak yang selalu di junjung kasih sayang seorang ayah....
Aku jua turut mengis kerana aku di musnah kan oleh cinta dan aku menyakiti abah dengan kegagalan aku. Sementara menunggu panggilan meneruskan pengajian .aku terus bertekad aku akan mencapai diploama aku segahnya..alhamdulillah...aku berjaya mengekalkan 3 pointer aku dalam bidang yang aku ceburi.Aku berjaya menamatkannya dan pulang ke rumah dengan harapan aku mengembirakannya...Pada masa kau berehat dari tamat pengajian, abah memohon permintaan untuk aku bekerja sementara sebagai GURU. aku mengis kepada abah , kerana abah tahu aku memang tidak suka GURU..aku tak suka..aku tak suka...tapi suatu malam,,,sepanjang aku berfikir , biarlah aku mengikut impiannya. daripada aku tak melakukan sesuatu yang membahagiakannya.

aku teruskan mengajar ..anak2 semua menerima aku dengan tangan terbuka. aku mula menyanygi mereka walau pada mulanya aku menagis setiap kali aku pulang dari kerja. Aku mengajar di STAIL @ sekolah agama thfiz tok bedu. Walaupun hubungan aku dengan guru besar dan beberapa guru tidak serasi 100% tetapi aku hanya tumpukan hidup aku dengan anak2 yang menyanygi aku. Dari situ aku mula menyahut cabaran impian abah. Walaupun pihak sek itu telah membuat fitnah yang melampau pada aku, abah tetap nasihatka aku, untuk teruskan perjalanan aku sebagai seorang tenaga pengajar jika benar aku tidak slah. aku teruskan. Kenangan di Stail amat payah untuk aku lupakan, di mana aku bahagia dengan anak-anak tetapi aku sengsara menghadapi guru-guru serta kakitangan di sekolah itu yang nampak dewasa tapi oatak sempit seperti kanak-kanak. Abah tetap yakin aku lah anak nya yang akan menjadi guru. Alhamdulillah aku buktikan hadpan abah dengan aku menyahut cabarannya selama 6 bulan.

after 6 bulan, abah mulai sakit. aku berhenti kerja dan aku menjaga abah.Aku bersyukur aku dapat menjaga abah setiap masa..di rumah dan di hospital. aku menjaga abah pada mulanya di specialist bukit Mertajam dalam 2 minggu lebih. Setiap hari abah di cheak huh..dan itulah 1st time salah seorang family aku yang di tahan di hospital. Akhirnya abah sepakat dengan abang-abang aku untuk di bawa ke sungai petani. Aku masih di sisi abah, walau pun perit aku masih kuat menahan air mata melihat perubahan abah ku. 
Tapi ini semua suratan takdir..abah terpaksa melalui kisah hidupnya. Aku bangga sekali dengan abah, dia seirang yang paling takut jumpa doktor tapi abah masih da usaha untuk merawat sakitnya dan pada waktu sakinya, dia juga masih tidak meninggalkan solat. Dia mnjadi lebih kuat bila dia dapat bersolat walau dengan baju pesakit.
Pada suatu malam abah di paksa doktor untuk memakai tiub saluran kencing, aku mangis di luar bila aku dengar abah menolak untuk mengikut permintaan doktor..tapi doktor memaksa..abah tetap berkata "jangan ..saya nak solat" "jangan" "jangan"..masih terdengar suaranya tapi aku semasa itu hanya menitiskan air mata. 

Dalam sepuluh hari aku menjaga abah di sana, sampai la detik abah memujuk aku pergi jua ke KUIS..pada hari sabtu itu. tapi aku tidak mengendahkan apa yang abah perkatakan. Bila mana abah sebutkan, aku mengis ..aku mengis. Tapi apa kan daya aku menurut, dan abah mula pergi ke tandas sendiri tanpa mau aku menolong apa-apa. Petang Jumaat itu, nurse datang dan menyatakan abah boleh pulang kerana keadaan abah stabil..aku bersyukur. keEsokkan hari aku pergi ke KL dan menjadi student kembali. Perit aku lalui, tapi sifat belajar aku hilang , aku teringat kan abah di rumah.Aku amat malas..

pada waktu itu aku kerap pulang ke Penang. dan suatu ketika aku tidak sempat untuk pulang, dan abah selalu menelefon aku . Sangat lama perbualan ter sebut.


BERSAMBUNG...







Tuesday, April 13, 2010

I LOVE YOU 2 3 4....klik:)

assalamualaikum.

kembali aku ke terjah.."cinta butterfly" hehehe...hr nie aku happy sangat2..sbb aku dah pun ..berjaya memiliki sesuatu yag aku ingini...alhmdulillah..setiap kesabaran itu pasti nya termakbul...tapi aku masih baru bersamanya..baru nak ber "honeymoon" dengannya..hehehe...

aku persyukur..pada Ilahi..aku dapat memilik dengan bantuan abg aku n kebenaran daripada mama ku sendiri..tak sangka..die di sisi ku..I LOVE YOU...

sekarang die lah cinta ku..die lah nyawaku...die lah mimpi ku
(angau melampau..)

tapi aku masih dalam proses mengenal hati budinya..mengenal..isi hatinya..lalu aku mula merapatkan diri dengan orang-orang yang memahami die lebih dari ku...orang-orang yang pernah mencintainya sebelum aku..orang yang penah menyelami isi hatinya sebelum aku...
aku mempelajari sendiri..setiap klik pementasannya...tapi masih terlalu banyak kekurangan
.tapi kekurangan itu ..tidak membawa aku ke jalan yang mematah semangat aku ..untuk mengenalinya...
walau pun aku malu untuk bertanya..tapi sedikit sebanyak aku belajar untuk memberanikan diri..dengan sempurna
dengan rialiti yang aku ada nie..aku ingin mulakan dengan satu yang perfact ..walau masih aku merangkak diri dalam arena klik-klik...

sungguh pun begitu ..aku menghargai segala pengorbanan mama ku kerana tetap menunaikan apa yang aku ingini..walau ia terlalu berat untuk dimilik..aku bukan orang senang..tapi sesuatu boleh di manfaat dengan baik jika kita tahu untuk menghargai..



ibarat kita bersama manusia ..di sisi manusia..kita akan lebih memiliki seseorang apabila kita memang mendalami dan memahami dirinya...jadi tiada yang boleh mengkucar-kacirkan keadaan. 
aku akan cuba setia padanya...sesetia mana aku pada mama dan abah...
dengan die..aku akan jadi yang terbaik..insyaAllah..

**cinta butterfly**

Thursday, April 8, 2010

kau pergi....

apakah salah ku ...?? sebenarnya...ermmm
bila abah sudh kembali ke Rahmatullah...aku tekad aku mau seorang diri...aku berjaya bawa diri..tp apa mugkin dalam 2 bulan selepas itu..tiba2 hati aku terbuka untuk seorang diri...mugkin itu kebahagiaan..
seindah rupa...aku tak menyangka....selama melaluinya..aku bahagia..dan aku tak penah lupa saat waktu itu...mugkin aku terlalu yakin dengan sandiwara ini
tapi sekrang biar lah kenangan ..tapi apakah salah ku..cinta itu hadir tnpa aku pinta ..cinta itu hadir tanpa menduga..tp aku dah relakan ape yang terjadi..sudah2 la menuduh aku tanpa bukti..aku tak penah pun mengkianati kasih sayang aku..tolong la...tutupkan cerita itu..kau dah bahagia...kau dah hidup seperti sebelum mengenali aku..cinta lama mu disisi .... aku yang bodoh segala...cukup la..jaga la kebahagiaan diri mu itu..walau sekelumit senyuman dari mu ..aku tetap akan elakkan..kerana segalanya kenangan...


sekarang aku sudh menyendiri..cukup la harapan dulu..bukn pertama kali aku kecewa..tapi kali ini menyakitkan ..kerana aku rasa kan cinta itu amat bernilai..tapi kan daya...salah faham tercetus jua...
duhai teman..lepaskan aku dari hidup mu..
jauh aku dari musibah mu
aku ingin sendiri..kau nikmatilah kebahagiaan yang kau miliki
aku hanya sekadar pinggiran
yang penah mengisi hati mu tatkala sunyi
di kala kau sepi
takala kau menyendiri tanpa kasih
lalu aku korban diri ..menerima mu seikhlas hati
luar jangka ku ..kau membalas serpih
kaca yg telah berderai
demi kebahagiaan mu....yang kau miliki kembali
pergi..

kau pergi....
aku mau menyendiri..tanpa sebarang lintasan diri mu
yang menyakiti hati ku
kau pergi...
lepas kan aku
aku bukan persoalan mu lagi

eizzah shafini
**cinta butterfly**

Monday, April 5, 2010

.::hargailah dia::.

Bila butiran benih bertaburan
atas landasan tanah yang subur...
harapan seorang tuan....tanaman itu akan di penuhi satu kehidupan

Bila siraman air segar bercurahan
atas benih yang dahagakan titisan 
harapan seorang tuan...tanaman ini akan mekar membahagiakan

Bila tanaman segar meninggi bersusunan
atas usaha jaga ..yang rapi
harapan seorang tuan ... ia adalah hasil menguntung kan

 Bila usaha itu menampakkan hasil kesungguhan
hanya kepada yang Satu doa di panjatkan

itulah kisah untuk ku paparkan ...                                                        
ini lah yang ingin ku perkatakan
wanita itu adalah satu kehidupan buat seorang lelaki yang budiman
wanita itu adalah ibarat benih yang segar
yang bakal mekar di taman hiasan

wanita akan subur di merata tanah yang terhampar 
walaupun segersang mana...
wajah tanah itu..ia pastinya berusaha pertahankan nyawanya
bila satu waktu itu dia
di dibawah naugan seorang lelaki yang menghargainya
di bawah payung seorang lelaki yang menghormatinya


tatkala benih itu menagih air untuk meneruskan hayatnya
tatkala itu
wanita itu menagih titisan kasih sayang dari tuan empunya cinta
dengan harapan ...kebahagiaan itu satu kepastian 
bukannya  satu kepahitan

bila mana wanita melangkah hidup bersama
bila mana wanita menghulur pengorbanan
bila mana nyawa wanita itu seglanya bukan untuk nya

hargailah dia kerana
segalanya yang tercipta untuk yang teruna
bukan sesuatu untuk di porak peranda
bukan sesuatu untuk di balas derita

wahai si pengembara cinta budiman
aku hanya pembawa sebuah ceritera 
tentang sesuatu yang harus kau hargai
tentang sesuatu yang harus kau miliki
miliki dengan satu hati
miliki kerna hanya ILahi

jika pada Ilahi engkau mencarinya
Jika kerna Ilahi engkau inginkannya
kebahagiaan mu hingga ke syurga yang abadi
akan terbukti
lalu
hidup kau sempurna 
kerna bukan hanya memilik wanita sabagai togkat hidup mu
tetapi
kaulah yang terbaik sebagai seorang hamba yang Abdi untuk Ilahi Rabbi




^^karya asli^^
**cinta butterflly**
--Eizzah Shafini Mahshar--



                                                                                                          

kisah








aku pernah berkata
kau yang ku cinta
aku pernah menyata
kau lah nyawa
aku pernah percaya
kau lah yang setia

di kala aku pertahankan cinta
kau dusta segala
sewaktu hati kita ku rasa bahagia
dikala aku berjuang bertarung nyawa
kau endah tak endah
kerna aku saja merasa sengsara
di kala aku taat pada cinta pura mu
kau menoleh ke belakang
bersama dia yang kedua
aku terkapai-kapai tanpa memberontak

sejenak aku merentas bunyi sang ombak
gebu pipi ku di basahi hujan air mata
sejenak ku merenung lelngit berlakaran bunga
aku berdoa..pada yang ESA..
aku ingin kan yang sejahtera...
sejenak aku menunduk menepis titisan mutiara
aku hilang kekuatan kerna aku tak bersedia

walau kehendak ku sentiasa ku ingini
walau harapan ku sentiasa di selubungi
aku harapkan aku berjaya mengatasi
setiap ulik jalan
dalam kisah hidup ku ini
kerna ku pasti

ujian ini hanya calitan sedikit untuk aku sedari
masih aku beruang untuk menjadi
hamba yang mengenal cinta Abadi
bukan kisah cinta hamba abdi
yang menjadi mangsa ...
sebuah cinta yang suci....
yang tatkala dikotori oleh insan keji

**cinta butterfly**