Thursday, July 18, 2013

RAMADHAN | 1434

Assalamualaikum, salam Ramadhan untuk semua,alhamdulillah Allah memberi peluang pada kita berjumpa RAmadhan, beriftar sesama keluarga kekawan

kali ini, CB amat2 excited menunggu RAmadhan, dan Alhamdulillah, Cb dan mama berpeluang untuk melalui Ramadhan , bulan mulia dari Allah ini dengan kehendak-Nya, Alhamdulillahhari pertama ke surau, bersama jemaah2 taman rumah, bertarawih bersama, sesuai yanga amat2 sebak untuk dilaluisngat2 terharu terpilih, mengerjakan badah ini{syukur sngat2}KORANG mcam mana? suka tak Ramadhan kali ini, ke korang semua dah prepair meriam buluh semua, serbuk kabad semua dah jangan sesiakan waktu yang ada serta peluang yang Allah berikita pun xtaw berapa lama kita dekat dunia inidengan bulan mulia ini, gandaan pahala kan Allah beri berlipat gandaasalkan kita buat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh------ betoi kan :D

ini Cb share, doa menjelang ramadhan:) korang ingat tak lagi, niat puasa macam mana, pasti ingat kan, niat yang menjadi fav untuk semua yang semangnya menggu RAmadhan, bulan anugerah iniCB share dengan korang taw, walau korang dah tere hapai dari umuq 5 tahun hehhe toi kan hehe
Cb cerita secara ringkas ,, ini lafaz niat untuk sebulan teruih, kita boleh amalkan yang ini, ini berpandukan dari Pendapat  Zufar, Malik, salah satu riwayat dari Ahmad dan salah satu riwayat dari Ishaq. Hal itu kerana puasa ramadhan adalah satu kesatuan, sama seperti rangkaian ibadah haji yang cukup diniatkan sekali. seperti wanita yang kedatangan haid, akan terberhenti puasa selama beberapa hari di sebabkan kedatangan haid dan apa-apa yang terhalangnya dari bersolat seketika , yang pasti  perlu berniat kembali. samalah kalau ada yang niat sebulan, tapi sakit yang membuatkan tidak boleh puasa,,, KENA NIAT BALIK TAW...
lafaz niat ini pula, lafaz yang selalu kita amalkan, toi tak, pendapat CB la, lebih elok kita lafaz setiap hari, lebih terjamin niat tersebut.. pendapat CB la, sebab CB selalu niat setiap hari bersama mama :) baca reramai kan best setiap hari :)
bagi lafaz ini, niat  ini diharuskan  pada  setiap  hari  pada  bulan Ramadhan.


Pendapat  ini  merupakan  pendapat  jumhur  ulama.  Mereka  merujuk  dengan hadits-hadits serta atsar yang mauquf kepada Hafshah, Ibnu Umar dan Aisyah -yang telah disebutkan sebelumnya,  bahwa tidak sah niat bagi yang tidak meniatkannya di waktu malam.Dalam penafsiran ulama yang menyatakan pendapat ini, hadits dan atsar tersebut  berlaku  pada  setiap  hari  di  bulan  Ramadhan  secara  terpisah. Disebabkan puasa Ramadhan adalah ibadah dan setiap ibadah disyaratkan adanya niat.


Mereka juga mengatakan, bahwa hal tersebut di analogikan kepada solat lima  waktu  pada  setiap  hari,  dimana  diantara  dua  ibadah  solat terpisahkan dengan perbuatan-perbuatan yang bukan  dari ibadah solat,  bahkan  menggugurkan  ibadah  solat.  Dengan  demikian  setiap shalat  mengharuskan  adanya  niat  tersendiri  secara  terpisah.  Demikian halnya dengan ibadah puasa.
bagi CB, lebih afdal niat kembali setiap hari selepas berbuka :) 

yang pasti, di bulan barakah ini , kita perlulah mempertingkatkan amalan diri kita kepada Allah,yang terbaik untuk diri, 
  • solat sepenuhnya 
  • al-quran bacaan harian
  • terus berdoa-dan berdoa, meminta apa sahaja yang baik kepada Allah, pintu kebaikan dari Allah terbuka untuk hambanya 
  • berjemaah di masjid adalah amalan kita
  • bersedekah kepada yang fakir miskin jua adalah amalan ibdah yang suci, bukan duit sahaja sebagai sedekah, tetapi senyuman, makanan, atau sebarang pertolongan
  • menghilangkan bebanan hamba Allah yang lain itu, ganjarannya besar di sisi Allah , moga2 Allah memperkenan ~~ameen ~~

jadi, amalkan kalam2 doa, ayat suci sebagai zkir & doa harian sepanjang Ramadhan,, tp tak salah kan teruskan selalu mengamalkannya,, kebaikan yang kita perolehi akan kekal di sisi Allah :) Allah maha adil

amalkan sebagai doa harian tak kira di mana, terutama dalam doa selepas solat fardu :)


ini jua terbaik, dalam doa selepas solat pun kita selalu baca kan.. terus mengekalkan
semoga menjadi pendinding, pelindung & mendapat keampunan dari -Nya

 yang terbaik adalah, malam lalilatul qadar, yang terpilih akan merasai kebaikannya
doakan selalu bahawa kita adalah yang terpilih oleh Allah, utuk menikmati malam mulia ini
berdoa, semoga Allah beri yang terbaik utuk amal ibadah kita, 

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) 


ini pula zikir ringkas utuk kita baca harian, wanita yang keuzuran, walau tak dapat nak baca quran, zikir biar menjadi kalam harian :) moga barakah nya amat2 bernilai untuk kita

itu sahaja yang CB nak kogsi dengan korang, kalau ada salah & silap, boleh berkongsi bersama
semoaga kita mendapat Ramadhan yang penuh barakah 
dan merasai kelebihan serta kemanisan jemaah kita

INSYALLAH :)

salam ramadhan buat semua Muslimin Muslimat
assalamaualaikum
~~ eizzah Shafini Mahshar~~

No comments: