Thursday, April 15, 2010

pelangi petang hidup ku

rindunya hati ini...rindunya jasad ini..memeluk buah hati yang amat dirindui..yang amat disayangi...
ketawanya...senyumannya yang jarang untuk di lihat serta wajah cerianya memberi kasih sayang kepada aku..sebagai..seorang permata yang terlalu berhargai untuk kehidupannya... kemana saja aku pergi..kerisawannye..melampau2..sehingga dia tidak dapat melelapkan mata selagi ..si buah hati nakal nya ..tidak mengadap berdiri di hadapan dua matanya....tapi bila aku di hadapan ..jasadnya...dia la paling bahagia...

...perjalanan dia sebagai seorang yatim piatu  amat berliku..tapi dia seorang yang mempunyai daya ketahan hidup dan berdikari yang tinggi..dari kaca mata umum, dia hebat dan seorang yang pintar, Kelebihannya boleh membawa dia ke satu tahap yang terlalu hebat dan di sanjung tinggi tetapi atas sifat hidupnya yang merendah diri, dia lepaskan segalanya demi meneruskan kehidupannya ke arah kebahagiaan dan dapat memberi kasih sayang pada yang tersayang.

dari aku sebesar tapak tangannya..aku lah yang di sanjungnya...tatkala pulang dari kerja..belum sempat dia menukar pakaian kerjanya..aku lah yang di sambut..aku lah kebahagiaannya..aku lah si janting hatinya..
kegigihanya membawa kebahagiaan untuk kehidupan aku , tak dapat aku balas walau sebesar kuman. yang dapat aku kenanag...dia lah nyawa aku...mama pernah berkata " dia takkan buatkan kehidupan anak-anaknya seperti hidupnya yang dulu"...dan bagi aku, kata-kata itu terbukti. Dia tidak pernah meletak anak-anaknya untuk merasai dirinya yang pernah dalam kesushan yang tanpa siapa menolong walau menasihati..

dialah di hatiku

abah seorang yang cukup perahsia..tapi kasih sayang dia sangat berharga..ak bertuah menjadi anak nya..cuma aku tak bersyukur atas ..kurniaan dia pada aku..aku sangat nakal dan terlalu manja dengannya..apa yang ku pinta semuanya dia usahakan untuk memberi aku..memberi aku satu kepausan tanpa batasan..abah tak pernah kecewakan aku..walau apa pon aku tetap tegar untuk memilik sesuatu..walau aku tahu ..susah payahnya..tak mampu untuk menunaikan hasrat aku..tapi aku tak pernah bertanya susah payahnya..walau hanya aku saja taw kisah hidupnya..mata ku kabur dengan hidup ku sehingga abah melaksanakan permintaan ku tanpa batasan..

setaip perjalanan hidupnya aku ada di sisi..semasa dia terpaksa out station aku tetap di sisinya..kami tetap bersama..bersarapan bagi di warung perlis yang tak pernah aku lupa..aku selalu menemani abah ke mahkamah di Perlis ,,seorang pegawai..dia tetap seorang yang bertanggungjwap..kawan kwan abah..polis..Inspektor..semua mengenali aku..aku lah permatanya yang enggan di tinggalkan..semua kisah hidup dan kerjayanya di hadapan mata ku..

aku pun membesar dengan yang terbaik di sisi nya..tak pernah merasa janggal dengan kehidupan yang abah bina untuk aku

sehingga lah aku besar dan menjadi seorang anak gadisnya.hehehe cepat sungguh jalan kehidupan aku. Entah apa yang aku rasa sebenarnya..sehingga ku rasa ..seakan hampir pada penyudahnya. Selalu bila dia pulang dari kerja, aku menyambutnya. Apa yang aku tanyakan pada abah.." abah beli ape?" hehehe..dia akan tahu anak dia lapar saja..kadang-kadang pisang goreng..kadang2 tepung talam..memg petang kami makan saja.

hehehe seronok kalau di kenangkan .aku dan abah nie..di mana waktu aku merajuk abah takkan mengajar aku untuk merasai aku ini akan di pujuk..hehehe kelakar pulak. Sepanjang aku di sisi nya , aku selalu menemaninya untuk membuat rawatan mata, abah menghidap kencing manis dan darah tinggi. penyakit ini menjejaskan penglihatannya. Seumur hidupnya dia telah menjalankan 3 kali pemedahan mata. tapi kisah abah pada matanya sungguh menyayat hati aku. Dia lah hero aku yang tak pernah mengadu tentang sakitnya. selepas kali kedua pemedahan mata dilaksanakan, alhmdulillah berjaya tetapi setelah beberapa tahun mata abah still di kaburi. Tapi abah merahsiakan hal ini dari kami sekeluarga..bayangkan abah ke tempat kerja dengan keadaan die memndu dan hanya nmpak kepul-kepul asap hitam n putih..tetapi abah selamat, Allah selalu menjaganya. Abah tetap berkerja demi untuk memenuhi wang untuk dia melakukan pemedahan yang ketiga. Dia memg perahsia.Kesusahan itu hanya dia yang merasa.

sehingga la aku di ambang SPM..aku sedang meracau bercinta tanpa aku hiraukan SPM di masa depan aku.itulah satunya yang telah menghampakan abah dan aku telah membuatkan nya mengis atas sikap aku yang hipokrit dan selfish..jahatnya aku sebagai seorang anak yang selalu di junjung kasih sayang seorang ayah....
Aku jua turut mengis kerana aku di musnah kan oleh cinta dan aku menyakiti abah dengan kegagalan aku. Sementara menunggu panggilan meneruskan pengajian .aku terus bertekad aku akan mencapai diploama aku segahnya..alhamdulillah...aku berjaya mengekalkan 3 pointer aku dalam bidang yang aku ceburi.Aku berjaya menamatkannya dan pulang ke rumah dengan harapan aku mengembirakannya...Pada masa kau berehat dari tamat pengajian, abah memohon permintaan untuk aku bekerja sementara sebagai GURU. aku mengis kepada abah , kerana abah tahu aku memang tidak suka GURU..aku tak suka..aku tak suka...tapi suatu malam,,,sepanjang aku berfikir , biarlah aku mengikut impiannya. daripada aku tak melakukan sesuatu yang membahagiakannya.

aku teruskan mengajar ..anak2 semua menerima aku dengan tangan terbuka. aku mula menyanygi mereka walau pada mulanya aku menagis setiap kali aku pulang dari kerja. Aku mengajar di STAIL @ sekolah agama thfiz tok bedu. Walaupun hubungan aku dengan guru besar dan beberapa guru tidak serasi 100% tetapi aku hanya tumpukan hidup aku dengan anak2 yang menyanygi aku. Dari situ aku mula menyahut cabaran impian abah. Walaupun pihak sek itu telah membuat fitnah yang melampau pada aku, abah tetap nasihatka aku, untuk teruskan perjalanan aku sebagai seorang tenaga pengajar jika benar aku tidak slah. aku teruskan. Kenangan di Stail amat payah untuk aku lupakan, di mana aku bahagia dengan anak-anak tetapi aku sengsara menghadapi guru-guru serta kakitangan di sekolah itu yang nampak dewasa tapi oatak sempit seperti kanak-kanak. Abah tetap yakin aku lah anak nya yang akan menjadi guru. Alhamdulillah aku buktikan hadpan abah dengan aku menyahut cabarannya selama 6 bulan.

after 6 bulan, abah mulai sakit. aku berhenti kerja dan aku menjaga abah.Aku bersyukur aku dapat menjaga abah setiap masa..di rumah dan di hospital. aku menjaga abah pada mulanya di specialist bukit Mertajam dalam 2 minggu lebih. Setiap hari abah di cheak huh..dan itulah 1st time salah seorang family aku yang di tahan di hospital. Akhirnya abah sepakat dengan abang-abang aku untuk di bawa ke sungai petani. Aku masih di sisi abah, walau pun perit aku masih kuat menahan air mata melihat perubahan abah ku. 
Tapi ini semua suratan takdir..abah terpaksa melalui kisah hidupnya. Aku bangga sekali dengan abah, dia seirang yang paling takut jumpa doktor tapi abah masih da usaha untuk merawat sakitnya dan pada waktu sakinya, dia juga masih tidak meninggalkan solat. Dia mnjadi lebih kuat bila dia dapat bersolat walau dengan baju pesakit.
Pada suatu malam abah di paksa doktor untuk memakai tiub saluran kencing, aku mangis di luar bila aku dengar abah menolak untuk mengikut permintaan doktor..tapi doktor memaksa..abah tetap berkata "jangan ..saya nak solat" "jangan" "jangan"..masih terdengar suaranya tapi aku semasa itu hanya menitiskan air mata. 

Dalam sepuluh hari aku menjaga abah di sana, sampai la detik abah memujuk aku pergi jua ke KUIS..pada hari sabtu itu. tapi aku tidak mengendahkan apa yang abah perkatakan. Bila mana abah sebutkan, aku mengis ..aku mengis. Tapi apa kan daya aku menurut, dan abah mula pergi ke tandas sendiri tanpa mau aku menolong apa-apa. Petang Jumaat itu, nurse datang dan menyatakan abah boleh pulang kerana keadaan abah stabil..aku bersyukur. keEsokkan hari aku pergi ke KL dan menjadi student kembali. Perit aku lalui, tapi sifat belajar aku hilang , aku teringat kan abah di rumah.Aku amat malas..

pada waktu itu aku kerap pulang ke Penang. dan suatu ketika aku tidak sempat untuk pulang, dan abah selalu menelefon aku . Sangat lama perbualan ter sebut.


BERSAMBUNG...







No comments: